top of page

Ewon luangkan masa cuti Raya turun padang di Penampang

  • Wartawan Nabalu News
  • Apr 22, 2023
  • 1 min read

22 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick meluangkan masa mengadakan program turun padang pada hari ini untuk menemui penduduk kampung dan mendengar permasahan serta keperluan mereka.


Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi mengadakan program turun padang di beberapa kampung di Kadamaian kelmarin dan hari ini di Penampang.

Dalam lawatan beliau di Tabika Perpaduan Terawi, pelbagai perkara dibincangkan termasuk permohonan Tabika untuk membuat taman permainan.


Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Terawi juga memohon peruntukan untuk membina Balai KRT.

Pada pertemuan dengan KRT Terawi, Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) turut menyampaikan sumbangan.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page