top of page
  • Wartawan Nabalu News

EWON MINTA KERAJAAN BUKA SEMULA DATARAN DEWAN KADAMAIAN SQUARE UNTUK TAMU RAKYAT KADAMAIAN


Dataran Dewan Kadamaian Square

12 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick meminta supaya kerajaan negeri membuka semula Dataran Dewan Kadamaian Square untuk tamu atau aktiviti ekonomi penduduk Kadamaian


Beliau berkata, Pusat Khidmat Adun Kadamaian telah membuat pemantauan berkenaan aktiviti ekonomi rakyat di Pekan Mini Taginambur sejak tiga minggu lepas dan mendapati aktiviti ekonomi di kawasan itu semakin mendapat sambutan.



Bagaimanapun katanya kawasan itu agak sempit dan keluasan tempat yang terhad menyukarkan amalan norma baharu penjarakan sosial para peniaga dan pelanggan.


Ewon Benedick

“Oleh itu saya mencadangkan agar dataran Dewan Kadamaian Square dibuka dan digunakan untuk aktiviti eknomi rakyat supaya pematuhan kepada penjarakan sosial dan prosedur operasi standard (SOP) lebih mudah dilaksanakan.


“Ia juga lebih kondusif dan memberi banyak keselesaan kepada rakyat. Saya percaya susun atur SOP untuk tujuan ini boleh ditetapkan,” katanya dalam surat bertarikh hari ini, yang ditujukan kepada Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Majlis Daerah Kota Belud.


Ewon berkata, surat itu juga telah dipanjangkan kepada Pejabat Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah untuk pertimbangan.


“Pusat Khidmat Adun Kadamaian serta sukarelawan kami bersedia membantu sebagai pemandu arah SOP sekiranya pihak Majlis Daerah Kota Belud memerlukan khidmat bantuan bagi membolehkan Dataran Dewan Kadamaian Square dibuka untuk aktiviti ekonomi rakyat,” katanya.


Commentaires


bottom of page