top of page

Ewon rasmi Tamu Desa Gaur

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 21, 2025
  • 1 min read

20 Jun 2025


KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick merasmikan Premis Tamu Desa Gaur sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Penduduk dan Peniaga Tamu, di Dewan Terbuka Tamu Desa itu, di sini, hari ini.


Beliau berkata, Tamu Desa ini adalah antara satu daripada 98 buah Tamu Desa yang dibina baharu dan dinaiktaraf di seluruh Sabah dan Sarawak pada tahun 2024 dan awal tahun 2025 yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).


“Saya gembira melihat para usahawan tamu di sini dapat berniaga dengan lebih selesa hasil usaha kerajaan menyediakan kemudahan ini.


“Tamu di kampung ini diadakan setiap  Khamis dan pada hari lainnya, premis ini digunakan untuk acara-acara rakyat seperti majlis kahwin dan sambutan kebudayaan,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Ewon turut berkongsi beberapa inisiatif yang telah diperkenalkan oleh KUSKOP sepanjang beliau menerajui kementerian itu.


Antaranya Skim Pembiayaan Usahawan Tamu (SPUT) dan Live Hub Studio TikTok Shop x TEKUN yang dilaksanakan oleh TEKUN Nasional serta Geran Usahawan Bumiputera Sabah dan Sarawak (BEEP Plus) dan Hab PMKS Sabah yang dilaksanakan oleh SME Corp Malaysia serta Program Jejak Koperasi oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).


Pada majlis itu, turut diadakan Jualan MADANI Koperasi yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

“Saya hargai inisiatif SKM dan IKMa yang turut melaksanakan Program Bantuan Bakul Makanan dan Program Happy Hour Jualan MADANI Koperasi yang menawarkan potongan harga sebanyak 50 peratus,“ katanya.


Ewon turut meluangkan masa menyantuni usahawan tamu yang berniaga di premis Tamu Desa dan membeli bagi menyokong usaha mereka.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page