Ewon Sampaikan Bakul Makanan Kepada Cawangan-Cawangan Upko Kadamaian
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

Ewon sampaikan bakul makanan kepada cawangan-cawangan Upko Kadamaian


Ewon menyampaikan sumbangan di Gereja SIB Kg. Tengkurus

28 Julai 2021 Oleh Marryan Razan KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick hari ini menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada cawangan-cawangan Upko Kadamaian bagi membantu keluarga yang amat memerlukan. Menurut beliau, setakat ini lebih 500 bakul makanan telah disampaikan melalui cawangan-cawangan Upko di seluruh DUN Kadamaian selepas beliau melancarkan Program Bantuan Bakul Makanan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan semula pada Jun lepas. "Selain peruntukan yang disalurkan kepada Adun, kita juga menerima pelbagai sumbangan dalam bentuk barangan daripada pelbagai syarikat dan individu dermawan.

Ewon (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan untuk Cawangan-Cawangan Upko Mukim Taginambur

“Antara yang banyak menyumbang kepada program bantuan bakul makanan Pusat Khidmat saya ialah ahli-ahli Upko Kadamaian sendiri. "Justeru, wajar bagi saya untuk menyalurkan semula sumbangan bakul makanan yang disumbangkan oleh ahli-ahli Upko kepada cawangan-cawangan Upko,” katanya. Ewon yang juga Naib Presiden Upko meminta semua Cawangan Upko di Kadamaian turut terlibat dalam proses perkhidmatan kepada rakyat. “Ini akan menjadi peranan berterusan pimpinan di peringkat cawangan," katanya.

Penyampaian sumbangan kepada cawangan-cawangan Upko Mukim Tamu Darat.

Beliau turut menyatakan menerima banyak rungutan tentang pelaksanaan program bantuan bakul makanan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri hari ini. "Kerajaan terdahulu membelanjakan lebih RM30 juta untuk bakul makanan di bawah pakej bantuan Covid sehingga kerajaan baharu ditubuhkan. Pada masa itu, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) melaksanakan program ini dan nyata sekali ia dapat dirasai atau dilihat oleh rakyat. "Kerajaan negeri hari ini juga mengumumkan peruntukan lebih RM30 juta untuk program bantuan bakul makanan tetapi pelaksanaannya tidak seperti yang lalu. Ianya bersasar dan menyebabkan banyak isi rumah lain yang turut terjejas dan amat memerlukan bantuan terlepas pandang," katanya.

Penyampaian sumbangan kepada cawangan-cawangan Upko Mukim Kelawat.

Beliau merakamkan penghargaan kepada para dermawan yang telah memastikan kelancaran program bantuan bakul makanan Pusat Khidmat Adun Kadamaian. "Banyak yang menelefon saya mengenai kesudian mereka membantu dan menyumbang. Saya yakin semangat solidariti rakyat jaga rakyat di DUN Kadamaian dapat kita terjemahkan. “Bagi pihak keluarga yang menerima bantuan hasil sumbangan-sumbangan ini, saya ingin ucapkan terima kasih kepada para dermawan tersebut," katanya.

Penyampaian sumbangan kepada cawangan-cawangan Upko Mukim Tengkurus.

Dalam masa yang sama, Ewon turut meneruskan kerjasama dengan pihak gereja-gereja di DUN Kadamaian bagi mengenalpasti isirumah yang amat memerlukan bantuan bakul makanan. Terdahulu dalam kunjungan beliau di Gereja SIB Kg Tengkurus hari ini, Ewon turut menyampaikan sumbangan 55 bakul makanan untuk isirumah yang telah disenaraikan oleh pastor di gereja tersebut termasuk di gereja Kg Gandukut, Kg Lahanas dan Kg Panampatan.

bottom of page