top of page
  • Wartawan Nabalu News

EWON SAMPAIKAN HAMPER KRISMAS KEPADA PEMIMPIN GEREJA KADAMAIAN


Ewon bersama sukarelawan menghantar Hamper Krismas.


12 Dis 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan berupa hamper Krismas kepada pemimpin gereja kawasan Kadamaian sempena sambutan Krismas tahun ini.


Beliau yang juga Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berharap sumbangan itu dapat membawa keceriaan kepada para penduduk kampung dalam membuat persediaan sambutan Krismas.


“Tahun ini kita tidak dapat mengadakan Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru berikutan penularan pandemik covid-19.


“Justeru saya sediakan hamper Krismas buat rakan-rakan, pimpinan akar umbi dan pemimpin-pemimpin gereja di Kadamaian,” katanya selepas menghantar sumbangan itu di pusat khidmat Adun Kadamaian, di sini, hari ini.


Sebahagian daripada sumbangan hamper Krismas daripada Adun Kadamaian.

Ewon turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua rakan, urusetia dan sukarelawan yang membantu mengurus penghantaran sumbangan itu.


“Kita akan hantar, sebahagian lagi sumbangan hamper Krismas pada minggu depan,” katanya.


Beliau juga mengingatkan semua masyarakat yang menyambut Krismas tidak lama lagi supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan bagi mengekang penularan Covid-19.

Comments


bottom of page