top of page

Ewon santuni Pusat Taekwondo Fighter Club, sampaikan sumbangan

Wartawan Nabalu News

11 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick menyantuni atlet di Pusat Taekwondo Fighter Club di Kg.Penampang Proper dan menyampaikan sumbangan kepada atlet taekwando.


Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, sumbangan itu bertujuan membantu meringankan bebanan perbelanjaan wakil Sabah ke pertandingan Classic International Open Taekwondo Championship Malaysia 15th.


“Saya berharap kesemua 21 atlet kelab taekwando yang mewakili Sabah dapat memperolehi kejayaan cemerlang dalam pertandingan itu,” katanya.


Kejohanan itu akan berlangsung selama tiga hari bermula 18 Ogos ini di Kuala Lumpur.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page