top of page

Ewon santuni usahawan bundle Tamu Donggongon, beri motivasi terus maju

Wartawan Nabalu News
Ewon mengunjungi peniaga bundle di Tamu Donggongon, kelmarin.

13 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyantuni peniaga-peniaga bundle di Tamu Donggongon, di sini, kelmarin.


Selain mendengar keperluan dan permasalahan usahawan-usahawan bundle, beliau turut memberi motivasi kepada mereka supaya terus maju walau berhadapan banyak cabaran.


“Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) melalui agensi dibawahnya menyediakan pelbagai program keusahawanan khusus untuk wanita. Antaranya Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tekun Nasional.

Ewon turut beramah mesra dengan pengunjung tamu bundle.

“Oleh itu, saya berharap para peniaga bundle khususnya di kawasan Penampang merebut peluang untuk memajukan perniagaan masing-masing,” katanya.


Terdahulu itu Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang turut menerima kunjungan daripada Persatuan Peniaga Bundle Penampang dan mengemukakan permohonan agar ruang sementera disediakan apabila Tamu Donggongon ditutup untuk kerja-kerja naiktaraf pada tahun hadapan.


Sementara itu Pengerusi Persatuan Peniaga Bundle Penampang Betty Jomiol berkata, keprihatinan Ewon membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi para peniaga bundle Penampang memberi sinar harapan kepada mereka.

“Kami bangga dan terharu dengan kerendahan hati dan sikap mesra rakyat Datuk Ewon. Walaupun sibuk dengan jadual padat setiap hari namun beliau masih meluangkan masa menerima kunjungan kami dan menemui kami di Tamu Donggongon,” katanya.

Ewon membeli produk jualan daripada Betty.

Beliau berkata, Persatuan Peniaga Bundle Penampang yang ditubuhkan pada 2019 mempunyai 190 ahli yang kebanyakannya suri rumah dan berpendapatan rendah yang menjalankan perniagaan untuk menambah sumber pendapatan keluarga.


“Kami berharap dapat sokongan dan bantuan daripada Datuk Ewon. Kami yakin dengan kewibawaan seorang pemimpin seperti beliau, nasib peniaga kecil-kecilan seperti kami dapat dibantu,” katanya.

Ewon membeli baju bermotif etnik Sabah daripada usahawan bundle Penampang.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page