Ewon sokong aktiviti sukan sempena Krismas di Kadamaian
28 November 2024
KOTA BELUD: Penganjuran Kejohanan Mini Badminton Tertutup Nahaba Togudon Tolungan sempena Krismas yang dijadualkan berlangsung pada 15 Disember ini di Dewan Kompleks Sukan Botung, Kota Belud mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.
Sumbangan daripada Ewon bagi penganjuran Mini Tournament Badminton Christmas Tertutup Nahaba Togudon Tolungan telah disampaikan oleh Shainim Epin, kakitangan Pejabat Perhubungan ADUN Kadamaian, yang mewakili Ewon kepada Sharineh Musa, Setiausaha PPW-NATE.
Menurut Sharineh, persatuan ini yang baru ditubuhkan menghadapi kekangan dana bagi menampung kos penganjuran sepenuhnya. Sehubungan itu, pihak persatuan mengambil inisiatif untuk memohon bantuan daripada ADUN Kadamaian.
Sharineh merakamkan penghargaan kepada Ewon kerana telah menyumbang dana untuk merealisasikan program ini.
Katanya aktiviti tersebut dirancang sebagai pengisian sambutan Krismas, di samping menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara golongan wanita dari tiga kampung yang terlibat.
Comments