• Wartawan Nabalu News

Ewon sumbang RM6,000 kepada Gereja SIB Kampung Melangkap Tomis


Ewon hadir program gotong-royong Kg.Melangkap Tomis.

15 Dis 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Penduduk Kampung Melangkap Tomis di sini, bergotong-royong menyimen tempat letak kereta dan perkarangan Gereja SIB kampung itu bagi memberi keselesaan kepada umat gereja.


Kos projek sebanyak RM6,000 disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick.


Ewon berkata, aktiviti gotong-royong yang diamalkan penduduk kampung sejak sekian lama bukan sahaja mempercepatkan penyiapan sesuatu kerja tetapi juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan persaudaraan diantara satu sama lain.



“Saya akan terus berusaha membantu menyelesaikan masalah dan menyediakan keperluan yang diperlukan penduduk Kadamaian kerana ini adalah tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada Nabalu News, hari ini.


Sebagai sokongan moral, beliau turut menghadiri aktiviti gotong-royong itu sambil beramah mesra dengan penduduk kampung.



Mantan Pengerusi MPKK kampung itu Wictor Langkin berkata, mereka amat berterima kasih kepada Ewon atas sumbangan berterusan kepada penduduk kampung.


"Kami berharap agar Datuk Ewon terus kekal sebagai wakil rakyat Kadamaian kerana terbukti beliau seorang yang berjiwa rakyat dan sentiasa mengambil tahu masalah-masalah rakyat," katanya.