top of page

EWON TERIMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19

  • Wartawan Nabalu News
  • Mar 14, 2021
  • 1 min read

ree
Ewon menerima suntikan vaksin Covid-19.

14 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadmaian Datuk Ewon Benedick menerima suntikan vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech, hari ini.


Beliau yang juga Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) menerima suntikan vaksin itu di Dewan Masyarakat Tun Said, Kota Belud.



"Terima kasih kepada semua petugas dan urusetia Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan petugas lain yang bertugas.


"Semoga lebih ramai yang tampil mendaftar dan seterusnya menerima vaksin ini," katanya.


ree

Selain Ewon, Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis turut menerima suntikan vaksin di tempat yang sama, pada Sabtu (kelmarin).


Setakat hari ini, seramai 2,975 orang di seluruh Sabah telah menerima suntikan vaksin harian Dos 1 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 25,439 orang.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page