top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon tinjau keperluan pembangunan kampung kelahiran di Kg.Penampang Proper



30 Disember 2022

Oleh Wartawan News


PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick meninjau keperluan pembangunan kampung di kampung kelahirannya Kg.Penampang Proper, di sini, hari ini.


Ahli Parlimen Penampang itu meninjau keadaan jalan, parit dan ketiadaan lampu jalan di kampung itu yang memerlukan perhatian selain keperluan membaikpulih atau membina semula bangunan komuniti yang sudah usang.


“Saya mengambil maklum semua permohonan penduduk kampung terutamanya dari segi kemudahan infrastruktur yang mendesak dan berusaha melakukan yang terbaik untuk kampung kelahiran saya,” katanya.



Turut serta dalam program turun padang itu ialah Setiausaha Politiknya Carl Moosom dan para pemimpin masyarakat.


Pada hari yang sama Ewon meninjau kerosakan beberapa jalan kampung dan tanah runtuh di Kg.Tomui Kimoligan Inobong, Gereja Sacred Heart Inobong, Kg.Liput Gantung Kimoligan dan Kg.Penampang Proper dan menghadiri program Pacos di Kg.Kivatu.


Beliau juga turut meluangkan masa menghadiri majlis perkahwinan anak mantan Ketua Kampung Kibunut Linus Lansama di Pusat kebudayaan Penampang.



bottom of page