top of page

EWON TINJAU KERJA-KERJA PEMBINAAN RUMAH BAHARU PPRT DI KG. MELANGKAP TIONG

  • Wartawan Nabalu News
  • Apr 21, 2021
  • 1 min read

ree

21 April 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick, meninjau pembinaan sebuah rumah bina baharu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Melangkap Tiong, hari ini. Penerima rumah berkenaan Jurainih Tinggangon dan suaminya bersama tiga orang anak gembira dan berterima kasih kepada Ewon atas usaha membantu mendapatkan rumah yang lebih selesa untuk keluarganya.


ree

Ewon meluangkan masa meninjau kerja-kerja penyiapan pembinaan rumah itu selepas menghadiri gotong-royong membina konkrit di tapak Badi-Badi Wanita kampung itu. “Keluarga Jurainih adalah antara yang kita bantu untuk dapatkan rumah bina baharu pada tahun lalu. “Mereka sekeluarga akan berpindah masuk ke rumah baru mereka selepas siap sepenuhnya dalam masa terdekat,” katanya.


ree

Ewon juga berharap agar pentadbir pembangunan Kadamaian yang ada ketika ini dapat membawa lebih banyak rumah bina baharu di Kadamaian untuk keluarga yang wajar dibantu.

ree

Seterusnya Ewon dibawa oleh mantan Pemaju Mukim, Anichlose Kesimin meninjau Dewan Terbuka Pelancongan Komuniti dan gimnasium kampung itu. “Ini adalah dua kemudahan yang telah kita bantu salurkan peruntukan pembangunan sebelum ini di Kg.Melangkap Tiong,” katanya.


ree


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page