top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon tinjau persiapan Konvensyen HPPK Kebangsaan 2022

21 Disember 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick hari ini membuat tinjauan persiapan akhir Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2022, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), esok (22 Disember).


Turut mengiringi beliau, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Dato’ Sri Suriani Ahmad dan Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan Keusahawanan KUSKOP Datuk Haji Zamri Salleh dan ketua-ketua agensi di bawah kementerian itu.


Majlis itu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Program dijadual berlangsung bermula pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang.


Ewon berkata, pelbagai pengisian menarik telah disusun sempena HPPK 2022 antaranya pembentangan Kertas Kerja  berkaitan Dasar Keusahawanan Negara 2030 (DKN2030), pembentangan Pelan Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil (P3PK) 2023-2027 dan Program Bicara Cakna Bantu Peniaga Kecil.


Beliau berharap perkongsian tersebut dapat memberi dan membina motivasi penjaja selain mengambil iktibar yang sewajarnya untuk beralih menjadi peniaga sederhana pada masa akan datang.

bottom of page