top of page
  • Wartawan Nabalu News

EWON TINJAU RUMAH BINA BAHARU PPRT KG. MELANGKAP KAPA


Ewon (kiri) bersama Norsiah (dua kiri) dan penduduk kampung.

1 Mei 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA BELUD: Pembinaan rumah bina baharu Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kg. Melangkap Kapa, kini siap sepenuhnya dan telahpun didiami oleh penerimanya, keluarga Norsiah Saulin. Ibu kepada sembilan orang anak itu gembira dan berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick kerana membantu mempermudahkan kelulusan permohonannya. "Kami sekeluarga sudah berpindah ke sini sejak Januari lalu. Anak-anak gembira kerana kini ada rumah yang lebih selesa berbanding sebelum ini," katanya.

Ewon meluangkan masa berkunjung ke rumah baharu Norsiah selepas lawatannya di Kampung Melangkap Neriou, hari ini. "Saya gembira melihat kegembiraan keluarga yang kita bantu. Semoga rumah kediaman baru ini akan menceriakan kehidupan mereka sekeluarga dan anak-anak dapat belajar dengan lebih selesa," katanya. Dalam kunjungan itu Ewon turut menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan dapur untuk meringankan bebanan keluarga Norsiah.

"Saya juga dibawa menelusuri lorong pejalan kaki yang dibina konkrit menggunakan peruntukan yang saya salurkan kepada MPKK sebelum ini," katanya. Sebelum ini, Ewon juga memberikan peruntukan untuk pembangunan Balai Doa di Puncak Doa Kampung Melangkap Kapa yang dibangunkan secara bergotong-royong.




Comments


bottom of page