Exco Pemuda UPKO adakan kunjungan hormat kepada Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan Negeri Sabah
- Wartawan Nabalu News
- Mar 24, 2024
- 1 min read

23 Mac 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Exco Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Rombongan itu diketuai oleh Naib 1 Ketua Pemuda Exco merangkap Pengerusi Biro Sukan Exco Pemuda Pusat,Tommy Amir, bertujuan memberikan peluang kepada Exco Pemuda UPKO untuk memahami peranan dan fungsi Jabatan Belia & Sukan Persekutuan dalam pembangunan belia dan sukan di negeri ini.
Selain itu, kunjungan ini juga bertujuan untuk membolehkan Exco berkongsi maklumat dengan Pemuda di bahagian masing-masing dan menjelaskan bagaimana mereka boleh menubuhkan persatuan belia dan kelab sukan di kawasan mereka.
"Kunjungan ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim di antara Exco dan pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sabah serta mencari ruang kolaborasi kerjasama antara kedua-dua pihak untuk manfaat masa depan belia dan sukan di Sabah.
"Ini adalah langkah positif ke arah memperkukuhkan infrastruktur belia dan sukan di negeri ini dan diharapkan dapat membawa impak yang signifikan kepada pembangunan belia dan sukan di Sabah," katanya.
Comentarios