top of page

Fadillah: Kerajaan teliti punca pekebun kecil getah berhenti menoreh, kaji semula harga lantai

  • Wartawan Nabalu News
  • Aug 6, 2023
  • 2 min read

6 Ogos 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


SEREMBAN: Kerajaan sedang mengkaji punca-punca yang menyebabkan pekebun kecil getah tidak lagi berminat untuk menoreh getah, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof.


Beliau berkata, ini termasuklah berkaitan harga lantai getah sekerap pada ketika ini dan sememangnya terdapat permintaan supaya Kerajaan meneliti semula harga lantai sekerap tersebut.


Beliau berkata, kerajaan telah menerima permintaan daripada pekebun kecil untuk menaikkan harga lantai getah sekerap kepada RM3 atau RM4 sekilogram.


“Ramai yang minta RM3, RM4 pun ada, kita kena lihat keseluruhan data itu nanti supaya akhirnya kita dapat menggalakkan orang untuk menoreh. Pelbagai aktiviti kita laksanakan di samping meneruskan aktiviti mengeluarkan getah beku dan mengalakkan penghasilan susu getah.


"Kami sedang mengkaji dan berharap dalam belanjawan yang akan datang dapat menyemaknya semula. Apa yang lebih penting untuk kita memahami di peringkat akar umbi mengapa orang tidak menoreh apakah harga yang munasabah untuk menggalakkan mereka menoreh.


“Setakat ini, getah ditentukan pada harga pasaran yang kami bantu daripada segi lantai telah yang telah dinaikkan kepada RM2.70 dan diluluskan pada Bajet 2023 ini. Bagi tahun hadapan, kami sedang berbincang dengan kerajaan bagaimana dapat melihat pada harga lantai in," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Mengumpul Getah (PMG) Kampung Kuala Sawah, Rantau di sini hari ini.


Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan melalui Lembaga Getah Malaysia (LGM) akan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil getah.


Antaranya ialah meneruskan aktiviti mengeluarkan getah beku dan mengalakkan penghasilan susu getah, serta melancarkan satu projek perintis bagi melihat pendekatan baharu bagi meningkatkan pendapatan kepada pekebun kecil termasuk integrasi daripada segi tanaman lain misalnya membela ayam.


Beliau juga memberitahu bahawa jumlah penoreh getah di negara ini adalah seramai 28,528 orang, tetapi hanya 18,000 orang yang aktif.


"Bagaimanapun, 10,000 orang tidak turun menoreh, itu yang kami mahu cari sebab mengapa mereka tidak turun menoreh. Kadang-kadang ia berkaitan faktor umur, harga tidak begitu baik kerana mereka tidak turun menoreh sebab itu memberi insentif LPG supaya menggalakkan untuk terus menoreh dan mendapat hasil daripada torehan mereka," katanya.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page