top of page

Fahmi nafi arahkan Google tutup ciri tukaran ringgit

  • nabalunews
  • Aug 15, 2024
  • 1 min read


15 Ogos 2024


SHAH ALAM : Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menafikan beliau pernah mengarahkan Google menutup ciri graf pertukaran nilai mata wang ringgit di enjin cariannya.


Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, Google Malaysia mengambil tindakan menurunkan widget itu selepas mendapat maklum balas Bank Negara Malaysia, lapor Sinar Harian.


"Pihak Google memaklumkan mereka masih menjalankan ujian dengan FX data provider yang dikenal pasti.


"Widget itu akan dikembalikan apabila mereka lebih yakin kesilapan data tidak lagi berulang," jelas beliau menerusi satu perkongsian di platform X pada Khamis.


Fahmi berkata demikian sebagai mengulas dakwaan seorang pengguna media sosial yang mendakwa jasa terbesar beliau adalah mengarahkan Google menutup kadar pertukaran mata wang di enjin cariannya.


Pengguna media sosial berkenaan mendakwa beliau terpaksa menukar nilai mata wang ke dolar Singapura (SGD) terlebih dahulu sebelum menukar kepada ringgit.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page