• Farah Salim

Gagal atasi kenaikan harga, menteri KPDNHEP diminta letak jawatan


30 Nov 2021

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta timbalannya diminta untuk letak jawatan kerana telah gagal mengatasi krisis kenaikan harga barang-barang dapur.


Jawatankuasa kos Sara Hidup Pakatan Harapan (PH) berkata mereka memandang serius tentang kenaikan harga ayam, telur ayam dan sayur-sayuran yang berlaku sekarang.


“Ahli-Ahli Parlimen PH telah kerap membangkitkan isu ini di Parlimen dengan tujuan supaya Menteri dan Timbalan Menteri KPDNHEP mengambil langkah-langkah segera menyelesalkan masalah kenaikan harga barang asas makanan rakyat.


“Banyak cadangan konkrit telah dikemukakan kepada Menteri seta Timbalan Menteri KPDNHEP di Parlimen.


”Tetapi sehingga ke hari ini temyata Menteri dan Timbalan Menteri berkenaan telah gagal menangani krisis kenaikan harga barang-barang makanan untuk rakyat,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan media.


“Kini harga roti juga telah naik. Tidak lama lagi harga tepung, gula dan beras juga dilaporkan akan naik,” tambahnya.


Justeru itu, jawatankuasa itu mendesak kedua-dua orang menteri dan timbalan menteri itu supaya mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan.