top of page

Gangguan Seksual, remaja lelaki ditahan

  • nabalunews
  • Apr 10
  • 1 min read

10 April 2025


TAWAU: Seorang remaja ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis terhadapnya berkaitan jenayah gangguan seksual.


Perbuatan tidak senonoh remaja lelaki berusia 16 tahun terbabit terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya.


Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, kejadian dilaporkan berlaku di rumah mangsa.


“Selepas mangsa mengadu kepada keluarganya mengenai kejadian itu, mangsa dibawa membuat laporan di balai polis.


“Berdasarkan laporan berkenaan, suspek ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Menurutnya, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page