• Wartawan Nabalu News

GEM Upko Beluran sampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Telupid


Emmanuel (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

16 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


TELUPID: Pergerakan Generasi Muda (GEM) UPKO Beluran menyampaikan sumbangan kepada 20 keluarga mangsa banjir di kawasan Mukim Sapi, Mukim Nangoh dan Mukim Liwogu, di sini.


Ketua Generasi Muda Upko Beluran Emmanuel Atin berkata, sumbangan berupa keperluan barangan dapur dan wang tunai itu disampaikan kepada mangsa banjir pada Sabtu dan Ahad (hari ini).


“Kita mengadakan Program Sumbangan Kasih Generasi Muda Pasca Banjir Telupid ini atas nilai kebersamaan dan merasakan musibah yang dialami oleh warga Telupid.



“Saya berharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan keluarga terbabit. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat membantu menjayakan program ini,” katanya.




Emmanuel yang juga Presiden Majlis Belia Daerah Telupid berkata, pihaknya akan terus melaksanakan program-program kemasyarakatan untuk membantu lebih ramai yang memerlukan bantuan.