• Wartawan Nabalu News

Genset Menara di Kg.Podos rosak, belum dibaiki


Genset menara Digi terbakar, belum dibaiki.

20 Mac 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Penduduk Kampung Podos di sini mengadu genset menara Digi di kampung itu terbakar dan rosak sejak empat hari yang lalu.


Menurut wakil penduduk kampung Soumin Sadah, beliau telah membuat aduan mengenai kerosakan itu kepada juruteknik Digi Bahagian Kota Belud dan kawasan Kota Kinabalu namun sehingga kini belum ada tindakan.



“Genset Menara Digi di Kg.Podos terbakar empat hari yang lalu dan saya sudah buat aduan kepada juruteknik Digi Bahagian Kota Belud dan Kota Kinabalu.


“Malangnya sehingga kini belum ada tindakan. Akibatnya tiada talian internet di kampung menyukarkan penduduk kampung dan pelajar sekolah,” katanya kepada Aduan Rakyat Nabalu News, hari ini.


Sehubungan itu Soumin berharap agar pihak berkenaan dapat mempercepatkan pembaikan kerosakan itu.


Genset menara di Kg.Podos terbakar, punca gangguan telekomunikasi.