Gerakan Mahasiswa tuntut lima perkara tangani isu kenaikan harga barang
top of page
  • Farah Salim

Gerakan Mahasiswa tuntut lima perkara tangani isu kenaikan harga barang



1 Julai 2022

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Gerakan Mahasiswa di seluruh negara mengemukakan lima tuntutan kepada kerajaan bagi menangani situasi kenaikan harga barang yang berlaku secara mendadak ketika ini, antaranya pemotongan gaji menteri dan timbalan menteri.


Wakil 20 Gerakan Mahasiswa yang juga Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (KPUIAM), Aliff Naif Mohd Fizam, berkata jumlah kabinet yang besar, adalah lebih baik jika para menteri menyahut tuntutan ini dan menunjukkan kebersamaan mereka bersama rakyat.


“Kami juga menuntut agar bantuan yang bermaruah dapat diberikan kepada semua lapisan masyarakat. Bantuan sedia ada jelas tidak mencukupi dan tidak dapat mengurangkan beban kos sara hidup rakyat akibat kenaikan harga barangan.


“Kami menuntut agar kerajaan mengekalkan subsidi sedia ada dan tidak mengurangkan sebarang bentuk subsidi yang lain.


“Tekanan yang dahsyat bakal dirasai masyarakat jika ada lagi subsidi yang dihapuskan dan ini perlu dibendung. Antara cadangan kami adalah untuk meletakkan harga siling yang tepat untuk menyelesaikan isu ini, seperti menetapkan harga siling bagi dedak agar harga ayam terus stabil,” katanya dalam satu kenyataan.


Gerakan Mahasiswa itu turut menuntut agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengawal harga barangan dan makanan kafeteria dan vendor di dalam universiti kerana berlakunya peningkatan harga makanan yang mendadak.


“Kami menuntut pihak kerajaan menyelesaikan masalah jaminan makanan (food security). Ini adalah masalah yang paling asas dan perlu diselesaikan agar masalah kenaikan harga barang secara drastik tidak berlaku.


“Kerajaan perlu memandang serius dan memberikan solusi jangka masa pendek dan solusi jangka masa panjang kerana la melibatkan kelangsungan hidup rakyat,” tegasnya.


Aliff Naif berkata, gerakan mahasiswa bukan sahaja mewakili suara mahasiswa tetapi juga suara rakyat.


“Kami menyeru agar semua parti politik di negara ini sama ada pembangkang atau kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya bersama-sama dalam gerakan ini membela nasib rakyat,

bottom of page