Gotong-Royong penduduk Kg. Bundu Paka
9 Mac 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Penduduk Kampung Bundu Paka baru-baru ini bergotong-royong membina tandas awam padang dan membersihkan kawasan gereja serta kuburan di kampung itu.
Pemaju Mukim Kadamaian, Anichlose Kesimin yang mewakili ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick turut hadir untuk memberi sokongan kepada inisiatif komuniti di kampung itu.
Sebelum ini, Ewon telah menyumbangkan bagi pembelian bahan-bahan yang diperlukan bagi program gotong-royong tersebut.
Program ini telah dipengerusikan oleh Mujin Soborong, Pengerusi JKKK.
Comentários