Gotong-Royong Perdana Kg. Lobong-Lobong pamer semangat komuniti para penduduk
2 Mac 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Seramai 117 orang telah menjayakan program gotong-royong perdana yang diadakan di Kampung Lobong-Lobong baru-baru ini.
Kehadiran para penduduk dalam aktiviti tersebut menunjukkan semangat komuniti yang masih utuh dan kuat dalam menjayakan gotong-royong.
Selain melakukan pembersihan di kawasan kampung, para sukarelawan yang terlibat turut melakukan pemasangan paip air graviti ke kawasan perkuburan Islam dan Kristian serta dewan serbaguna kampung tersebut.
Difahamkam, program ini dapat dilaksanakan berkat sumbangan ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick kepada kampung tersebut semasa lawatan beliau ke kampung itu pada penghujung tahun lalu.
PPM Kadamaian Saikom Watis, yang mewakili Ewon, telah merasmikan program tersebut. Turut hadir dalam majlis tersebut Pengerusi JKKK Kampung, Saudin Solinu.
留言