Gotong Royong Perdana sempena Hari Kebangsaan di Kampung Lasau Lama

31 Ogos 2024
KOTA BELUD: Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Sabah hari ini, kira-kira 30 penduduk Kampung Lasau Lama di sini, melaksanakan aktiviti gotong-royong perdana sebagai pengisian patriotik, bermula 9 pagi tadi.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Saikom Watis dan Pemaju Masyarakat N11 Kadamaian, Clarence Samuel mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick menghadiri program ini atas jemputan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Lasau Lama, Judin Roslan.
Saikom dan Clarence seterusnya meninjau sekitar Kampung Lasau Lama bagi melihat keperluan kampung yang termasuk dalam senarai permohonon projek kecil, antaranya pembaikan astaka kampung ini.
Comments