top of page
  • Wartawan Nabalu News

GRS sedia buktikan keabsahan sokongan terhadap Hajiji

4 Januari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersedia untuk membuktikan keabsahan sokongan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah kepada kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.


Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Panglima Masidi Manjun mendedahkan bahawa terdapat pihak-pihak tertentu yang cuba menguji keabsahan kerajaan negeri sedia ada.


"Adalah difahamkan bahawa ada pihak-pihak tertentu yang mendakwa telah memperolehi sokongan lebih separuh daripada Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk membolehkan kumpulan ini menubuh sebuah Kerajaan Negeri yang baharu.


"Sebagai makluman, Hajiji telah menerima perakuan dan sokongan daripada majoriti besar ADUN Sabah untuk terus memimpin Kerajaan Negeri yang ada sekarang. Mereka termasuk kesemua tujuh ADUN Pakatan Harapan Sabah.


"Kami bersedia membuktikan keabsahan sokongan tersebut kepada pihak yang berwajib apabila dan sekiranya perlu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Masidi menegaskan, suasana dan kedudukan politik di Sabah kekal stabil dan selamat untuk urusan perniagaan dan pelaburan.

Comments


bottom of page