• Wartawan Nabalu News

HAJIJI PENERIMA PERTAMA SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 DI SABAH: MASIDI


Gambar Hiasan

22 Feb 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor dijangka akan menjadi orang pertama untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 di Sabah selain para petugas barisan hadapan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, penghantaran pertama vaksin Covid-19 dijangka tiba di Sabah pada 25 Februari ini.


“Ketua Menteri Sabah dijangka akan menerima suntikan vaksin Covid-19, selepas Upacara Perasmian Vaksinasi Covid-19 Peringkat Negeri Sabah yang dirancang pada 4 Mac ini.

“Setakat ini, 109 buah Pusat Pemberian Vaksin telah dikenalpasti dan akan terlibat dalam pemberian vaksin di seluruh negeri.


“Jumlah Pusat Pemberian Vaksin ini akan diteliti keperluannya dari semasa ke semasa oleh Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) peringkat daerah masing-masing,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.