top of page
  • Wartawan Nabalu News

Hajiji terima kunjungan hormat dua menteri persekutuan


Hajiji menerima cenderamata daripada Fadhlina (kiri) dan Nik Nazmi (kanan) semasa kunjungan hormat tersebut.

26 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Nik Nazmi Nik Ahmad di kediaman rasminya di Sri Gaya, di sini, kelmarin.


Kedua-dua pihak mengadakan perbincangan bagi mengukuhkan jalinan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kementerian khususnya dalam aspek pembangunan sumber asli dan alam sekitar.


Nik Nazmi berada di Sabah atas lawatan kerja bagi meninjau perkembangan terkini beberapa projek dan inisiatif di bawah NRECC di negeri ini.


Turut hadir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali, Ketua Setiausaha NRECC, Dato’ Haji Rosli Isa, Setiausaha Bahagian Kanan (Bekalan Eletrik), Mareena Mahpudz dan Setiausaha Bahagian (Pembangunan), Hamsha Injau.


Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan daripada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan rombongannya yang terdiri daripada Ketua Pengarah Pendidikan, Dato’ Haji Pkharuddin Haji Ghazali dan Timbalan Pengarah (menjalankan tugas Pengarah Pendidikan Sabah), Mohd. Zaini Yanin.


Hadir sama Armizan dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Haji Mohd Arifin Mohd Arif.

bottom of page