Hakisan tebing sungai risaukan penduduk
- nabalunews
- Mar 27
- 1 min read

26 Mac 2025
NABAWAN: Kejadian hakisan tebing sungai Saliu, di sini, yang berlaku selepas banjir Jumaat lalu, merisaukan penduduk Pekan Pensiangan selepas ia dibimbangi boleh mengancam struktur rumah.
Ia berikutan jarak hakisan tanah tebing sungai berkenaan dilihat semakin menghampiri perkarangan rumah mereka.
Seorang penduduk John Endim ketika dihubungi berkata, terdapat empat rumah, sebuah pondok jeti terancam dengan hakisan tebing itu.

Selain itu katanya, keadaan tangga jeti juga dilihat hampir rosak akibat hakisan berkenaan.
John yang merupakan Wakil Ketua Anak Negeri Mukim Pensiangan berkata, bakal terancam dengan hakisan tebing itu ada kuaters kediaman Klinik Kesihatan Pensiangan kerana jaraknya dari tebing sungai hanya kira-kira 30 meter lagi.
"Jika tiada usaha untuk mengatasinya ia khuatir boleh meranapkan bangunan-bangunan yang berhampiran dengan tebing sungai" katanya.
Justeru itu katanya, tindakan segera perlu diambil oleh pihak-pihak yang berkenaan demi keselamatan penduduk yang terlibat.
Menurut John, tebing sungai ini sudah dipasang gabion beberapa tahun yang lalu tetapi ia sudah terhakis apabila banjir kerap berlaku.
Sehubungan dengan ini beliau mencadangkan agar tebing sungai ini ditambah dan ditarik cerucuk agar ia bertahan lama.
"Itu sahaja cara yang boleh mengatasi hakisan tebing itu daripada terus berlaku dan menyelamat rumah-rumah yang semakin terancam" jelasnya.
Menurut beliau lagi, beliau dan pihak kepimpinan di kawasan ini terlibat akan membuat laporan lengkap kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.
Comments