• Wartawan Nabalu News

HANYA 29 KES BAHARU DICATATKAN DI SABAH HARI INI



15 Mac 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Hanya 29 kes baharu di Sabah dan 20 daerah mencatatkan sifar kes baharu pada hari ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daerah yang mencatatkan sifar kes ialah Beluran, Telupid, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Tongod, Semporna, Kudat, Pitas, Kota Marudu, Kota Belud, Ranau, Tuaran, Penampang, Putatan, Papar, Beaufort, Tenom dan Kuala Penyu.


“Hanya daerah Nabawan mencatatkan dua angka dengan 11 kes, manakala daerah-darah lain mencatatkan angka di bawah 10 kes iaitu Tawau merekodkan tujuh kes, Kalabakan (enam kes), Keningau (dua kes), Kota Kinabalu, Sipitang dan Tambunan masing-masing satu kes,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital ialah 126 menjadikan jumlah kumulatif 52,995 orang.


"Seramai 447 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 177 orang di hospital dan 269 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara satu (1) orang.


"Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 21 orang dan lima orang lagi memerlukan alat

bantuan pernafasan," katanya.