• Wartawan Nabalu News

HANYA BELURAN DIKATEGORIKAN ZON HIJAU COVID-19 DI SABAH, 17 DAERAH ZON MERAH


Gambar fail

12 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah daerah Zon Hijau Covid-19 di Sabah yang semakin berkurangan menandakan keberangkalian tinggi berlaku aktiviti ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sejak awal bulan ini jumlah zon hijau Covid-19 di negeri ini berkurangan daripada empat kawasan kepada hanya satu daerah pada hari ini iaitu Beluran.


“Manakala Zon Merah Covid-19 pula semakin bertambah iaitu 17 daerah dikategorikan sebagai zon merah iaitu Kudat, Papar, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Kota Belud, Penampang, Telupid, Tuaran, Nabawan, Kunak, Beaufort, Semporna, Kalabakan, Putatan dan Kinabatangan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, daerah yang mencatatkan kes harian tertinggi pada hari ini ialah Kudat sebanyak 75 kes, diikuti Papar sebanyak 58 kes, Tawau (40 kes), Sandakan (38 kes), Kota Kinabalu (32 kes), Lahad Datu (22 kes) dan Kota Belud sebanyak 19 kes.


“Daerah Penampang pula mencatatkan sebanyak 16 kes, Telupid (15 kes), Sipitang (13 kes), Tuaran (12 kes), Nabawan (11 kes), Kunak (lapan kes), Beaufort, Semporna dan Kalabakan masing-masing lima kes, Putatan dan Keningau masing-masing dua kes.


“Sembilan daerah mencatatkan sifar kes iaitu Beluran, Kinabatangan, Tongod, Pitas, Kota Marudu, Ranau, Kuala Penyu, Tenom dan Tambunan,” katanya.