• Wartawan Nabalu News

Hanya Nabawan catat sifar kes baharu Covid hari ini


22 Julai 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Hanya satu daerah mencatatkan sifar kes di Sabah hari ini iaitu Nabawan dan 18 daerah dikategorikan zon merah Covid-19. Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini sebanyak 497 kes meningkat 23 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 77,424 kes dan satu kes kematian turut dilaporkan di Tawau. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, penyumbang utama kes hari ini adalah daripada saringan kontak rapat iaitu sebanyak (240) kes atau 48.3 peratus, diikuti saringan kluster (118 kes), saringan bergejala (86 kes), saringan bersasar (35 kes) serta saringan lain-lain kes sebanyak 18 kes. "Kota Kinabalu kekal mencatatkan kes tertinggi pada hari ini dengan 133 kes, diikuti Sandakan (60 kes), Papar (51 kes), Beaufort (47 kes), Penampang (33 kes), Sipitang (31 kes), Tawau (26 kes), Kudat dan Tuaran masing-masing dengan 17 kes, Kinabatangan (16 kes), Kota Belud (10 kes), Semporna dan Tenom masing-masing sembilan kes. “Putatan (tujuh kes), dan Sipitang (19 kes), Putatan (18 kes), Beluran (15 kes), Kudat (14 kes), Kota Belud (12 kes), Sandakan dan Papar (sembilan kes), Semporna (tujuh kes), Kota Marudu (lima kes), Tongod (empat kes), Lahad Datu, Keningau dan Beluran masing-masing tiga kes, Kalabakan, Kuala Penyu dan Ranau masing-masing dua kes, serta satu kes di Telupid dan Tambunan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, dari segi jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh, pada hari ini 266 kes sembuh menjadikan jumlah kumulatif 72, 325 orang. “Seramai 3,669 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 550 orang di hospital, 2,142 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 977 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. “Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 72 orang dan 19 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.