top of page
  • Wartawan Nabalu News

Harga minyak kekal tidak berubah bagi tempoh 11 hingga 17 Mei


11 Mei 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel pada paras yang sama bagi tempoh 11 hingga 17 Mei ini.


Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, harga RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter.


Kementerian itu berkata langkah ini bertujuan untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak di pasaran global.


“Kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling ditetapkan,” kata kenyataan itu.


Tambah kenyataan itu, kuota bekalan petrol bersubsidi RON95 dan diesel di seluruh negara bermula 1 Mei hingga 5 Mei.


“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” jelas kenyataan itu.


Comentários


bottom of page