top of page

Harga petrol dan diesel kekal sehingga 25 Okt

  • Wartawan Nabalu News
  • Oct 19, 2023
  • 1 min read

19 Oktober 2023

Oleh Wartawan Nabalu News

KUALA LUMPUR: Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel tidak berubah bagi tempoh seminggu bermula hari ini, kata Kementerian Kewangan (MOF).


Menurut kenyataan MOF, harga petrol RON97 dan RON95 kekal pada RM3.47 dan RM2.05 seliter, manakala diesel kekal pada RM2.15 seliter.


Harga itu ditetapkan berdasarkan kepada Mekanisme Harga Automatik (APM) yang mengambil kira harga mingguan produk petrolium.


MOF berkata kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 dan diesel walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa.


“Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak mentah global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter,” katanya.


MOF juga berkata kerajaan akan terus memantau trend harga minyak dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page