top of page
  • nabalunews

HARGA PETROL RON95 DAN RON97 NAIK TIGA SEN, DIESEL NAIK LIMA SEN


4 DIS 2020


KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen seliter, manakala harga diesel naik lima sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 ialah RM1.70, RON97 (RM2) dan diesel (RM1.90).

"Kerajaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," demikian menurut kenyataan itu. – Bernama

bottom of page