nabalunews
Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun 2 sen seliter
21 Ogos 2024
PUTRAJAYA: Dalam usaha untuk meringankan beban rakyat, Kerajaan telah memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 2 sen seliter.
Penurunan ini berkuat kuasa mulai 22 hingga 28 Ogos, menyebabkan harga diesel terbaru menjadi RM3.23 seliter.
Keputusan ini dibuat selaras dengan perubahan harga pasaran minyak dunia.
Kementerian Kewangan dalam kenyataannya memaklumkan bahawa kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran minyak global dan membuat pelarasan harga dari semasa ke semasa bagi memastikan kestabilan harga di dalam negara.
Selain penurunan harga diesel, harga runcit petrol RON97 dan RON95 kekal pada paras RM3.47 seliter dan RM2.05 seliter masing-masing. Manakala, harga diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan masih kekal pada RM2.15 seliter.
Kerajaan menegaskan bahawa langkah ini diambil untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Comments