Harga runcit Petrol, Diesel kekal untuk tempoh 6 hingga 12 Jun

6 Jun 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan harga runcit bagi petrol RON97, RON95, dan diesel akan kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05, dan RM2.15 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Jun ini.
MOF dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa kadar ini ditetapkan berdasarkan harga produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
"Untuk melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak sebenar di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk itu melebihi paras harga siling ditetapkan," kata kenyataan itu.
Selain itu, MOF berkata kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan akan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara.
Comments