top of page

Hari Kebangsaan 2024: Sambutan di Sabah meriah di Jalan Tun Fuad Stephens

  • nabalunews
  • Aug 31, 2024
  • 1 min read

31 Ogos 2024


KOTA KINABALU: Lebih 10,000 orang hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah yang berlangsung di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens, di sini, seawal jam 6.30 pagi.


Acara dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin bersama isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Datuk Juliah Salag bersama barisan menteri kabinet negeri.


Sejumlah 147 kontinjen membabitkan pelbagai kategori seperti sekolah, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, agensi kerajaan serta sektor swasta, badan bukan kerajaan dan persatuan etnik Sabah menyertai perbarisan yang bermula kira-kira jam 8.00 pagi.


Sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sabah itu turut diserikan dengan pelbagai persembahan termasuk koir oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Sabah Credit Coorporation dengan nyanyian lagu Sabah Maju Jaya, Integriti, Madani Jiwa Merdeka, dan Jalur Gemilang.


Acara Sambutan Hari Sabah yang turut disambut hari ini yang akan diadakan bermula jam 7.00 malam bertempat di Padang Merdeka, di sini.


Pelbagai acara akan diadakan antaranya Pemasyhuran Sambutan Hari Sabah oleh Tun Juhar, perarakan kereta berhias, persembahan artis, dan tarian tradisi.

コメント


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page