top of page

Hari Ketiga Program Minggu Pertama Persekolahan

  • nabalunews
  • Feb 19
  • 1 min read

19 Februari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Hari Ketiga Program Minggu Pertama Persekolahan telah berjaya diadakan pada Rabu, 19 Februari 2025, bertempat di Dewan Terbuka Kampung Kaung. Program ini melibatkan penyertaan 71 murid, 16 guru, dan 35 ibu bapa. Turut hadir adalah Guru Besar, Jimri Santi, dan Yang Dipertua PIBG, Aida Masial.


Program ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan antara sekolah, murid, dan ibu bapa, serta memberi sokongan dan galakan kepada murid-murid untuk memulakan sesi persekolahan dengan semangat yang tinggi. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sukaneka, permainan minda, jamuan, dan taklimat tentang isu buli yang disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah dari Polis Diraja Malaysia, Ibu Pejabat Daerah Kota Belud, Jairon bin Majungging.

Ibu bapa juga terlibat dalam aktiviti melukis haiwan mengikut personaliti masing-masing, serta gotong-royong membersihkan kawasan sekolah dan menyusun kerusi di dewan terbuka.


Dalam ucapannya, Guru Besar Jimri Santi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memastikan kerjasama yang erat antara sekolah dan komuniti.


Program ini berakhir pada jam 12.00 tengahari dengan suasana yang penuh kemesraan dan semangat kerjasama.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page