top of page

Hujan berterusan dijangka landa Sabah, Kelantan, dan Terengganu

nabalunews


26 Disember 2024

 

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan berterusan tahap waspada akan melanda beberapa kawasan di Sabah selama tiga hari bermula Sabtu ini. 

 

Menerusi amaran yang dikeluarkan oleh MetMalaysia, antara kawasan terlibat di Sabah termasuk Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran, dan Sandakan) serta Kudat. 

 

Selain itu, hujan berterusan tahap waspada turut diramal melanda Kelantan selama tiga hari bermula 29 Disember ini.

 

Kawasan yang terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, dan Pasir Puteh. 

 

MetMalaysia juga menjangkakan seluruh negeri Terengganu akan mengalami cuaca yang sama dalam tempoh tersebut. 

 

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada terhadap risiko banjir dan merujuk kepada laman web rasmi MetMalaysia atau aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih mengenai keadaan cuaca. 

Opmerkingen


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page