INDIVIDU DARI SABAH KE SEMENANJUNG TIDAK PERLU UJIAN SWAB
4 Mac 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Individu dari Sabah yang membuat perjalanan ke Semenanjung tidak perlu menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Ag Covid-19 sebelum berlepas dari negeri ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun.
Bagaimanapun katanya, individu dari Sabah ke Sarawak dan ke Labuan perlu menjalani ujian RT-PCR Covid-19 dalam tempoh tiga hari sebelum berlepas dari Sabah atau memasuki Labuan.
Katanya lagi, kemasukan individu ke Sabah juga dibenarkan berdasarkan kategori iaitu pemegang MyKad dan MyPR berkod “H”, suami atau isteri kepada rakyat Sabah dan tanggungan, pemegang pas-pas imigresen jangka panjang (warganegara dan bukan warganegara) dan pemegang pas sementara yang sah tempoh meliputi individu yang bekerja di Sabah yang terdiri daripada anggota Perkhidmatan Awam
Persekutuan lantikan tetap / kontrak / interim / anggota Badan Berkanun, pekerja sektor swasta serta tanggungan.
"Pelajar sedia ada dan pelajar baharu di IPTA dan IPTS negeri Sabah serta penjaga dan pelajar di institusi negeri, individu dan pasangan yang menghadiri tugas rasmi, mesyuarat, urusan
kecemasan atau review di hospital, bernikah atau berkahwin serta pengangkutan darat melalui jalan darat daripada Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan juga dibenarkan," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Maklumat lanjut berhubung syarat kemasukan boleh disemak dengan melayari ttps://hednp.sabah.gov.my/.
Comments