• Ilona Andrew

Individu tidak dapat terima vaksin akibat masalah kesihatan boleh mohon sijil khas - KJ


4 Okt 2021

Oleh Ilona Andrew


KUALA LUMPUR: Individu yang tidak dapat menerima vaksin Covid-19 atas alasan perubatan boleh memohon Sijil Digital Khas di MySejahtera, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.


Beliau berkata, golongan ini perlu mendapatkan pengesahan mengenai keadaan kesihatan mereka dari pegawai perubatan sebelum memohon sijil khas itu melalui MySejahtera di pejabat kesihatan daerah terdekat.


“Hanya kakitangan hospital swasta dan profesional perubatan sahaja yang boleh merawat golongan ini jika bukan doktor di hospital kerajaan atau doktor keluarga di klinik kerajaan.


"Sekiranya individu tersebut memenuhi kriteria ini, permohonan untuk sijil digital ini akan diluluskan dalam masa seminggu," katanya semasa persidangan Parlimen, hari ini.


Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis, yang ingin tahu pergerakan mereka yang tidak dapat diberi vaksin memandangkan rentas daerah sudah dibenarkan.


Munirah juga bertanya bagaimana Kerajaan menangani masalah individu yang menolah atau ragu-ragu terhadap vaksin.


Menurut Khairy, jumlah golongan ini adalah kecil tetapi salah satu kemungkinan lamgkah yang boleh dilakukan adalah dorongan daripada individu yang telah menerima vaksin penuh.


"Menurut Jabatan Statistik, 94.3 peratus orang dewasa telah menerima satu dosvaksin sementara 87.6 peratus adalah kalangan penduduk dewasa yang telah menerima vaksinasi penuh. Oleh itu, jumlah individu yang menolah vaksin adalah kecil.


"Namun, untuk meningkatkan kadar vaksinasi, terdapat beberapa langkah di sektor-sektor tertentu seperti kewajiban semua penjawat awam divaksinasi," katanya, sambil menambah bahawa sektor swasta mungkin boleh turut mengikuti langkah itu.


Menteri itu turut menjelaskan bahaw kementeriannyaKakan memuat naik lebih banyak maklumat mengenai keselamatan vaksin.


Beliau turut mengulangi jaminan bahawa mereka yang tidak memiliki kewarganegaraan tetapi menetap di Malaysia boleh mendapatkan ke pusat vaksinasi.


"Saya juga ingin menambah bahawa jika orang tersebut tidak mempunyai cara digital untuk membuktikan status vaksinasi mereka boleh membawa kad vaksinasi.


"Sekiranya kad ini hilang, pergi ke pejabat kesihatan terdekat dan beritahu mereka mengenai perkara ini dan kita akan memberikan kad baru kepada anda," tambahnya.