top of page

Inisiatif bantuan kewangan kepada NGO anjur program perpaduan

  • nabalunews
  • Jan 26
  • 1 min read

Credit: Facebook Page Datuk Aaron Ago Dagang
Credit: Facebook Page Datuk Aaron Ago Dagang

25 Januari 2025


PETALING JAYA: Kementerian Perpaduan Negara akan meneruskan inisiatif bantuan kewangan kepada badan bukan kerajaan (NGO) untuk penganjuran program perpaduan.


Menterinya, Aaron Ago Dagang berkata, ia bertujuan untuk memastikan semua NGO terus berganding bahu dalam memperluaskan usaha capaian selain memperkukuhkan keberkesanan pelaksanaan program perpaduan.


Katanya, menerusi bantuan berkenaan, sebanyak 78 program sudah dilaksanakan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.


“Semua program berkenaan yang diterajui NGO melalui kerjasama Kementerian Perpaduan Negara melibatkan 621,739 peserta tahun lalu.


“Bagi tahun ini, kementerian memberikan fokus kepada penganjuran program berteraskan harmoni dalam kepelbagaian dan pembinaan negara bangsa,” katanya kepada Akhbar Harian Metro pada Majlis Pelancaran Portal Bantuan Kewangan Program Perpaduan (BKPP) di Kuala Lumpur.


Aaron berkata, melalui penerapan dua fokus itu, usaha memperkasakan hubungan antara pelbagai kelompok masyarakat dan pembinaan identiti nasional akan dapat direalisasikan.


Katanya, tatakelola baik aspek kritikal bagi kemakmuran dan kemajuan sesebuah negara akan memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.


“Perancangan tatakelola yang konkrit dapat menatijahkan ketelusan, akauntabiliti, keterangkuman dan keberkesanan.


“Semua ini menyumbang kepada wujudnya pentadbiran madani, demokratik dan mampu berfungsi dengan baik.”katanya.


Sementara itu, Aaron berkata, permohonan bantuan melaksanakan program perpaduan akan dilaksanakan secara dalam talian, sejajar reformasi perkhidmatan awam dan amalan tatakelola.


Katanya, penambahbaikan melalui portal BKPP adalah manifestasi bagaimana teknologi boleh dimanfaatkan.


“Dengan adanya portal ini, diharapkan proses permohonan dan kelulusan bantuan kewangan kepada NGO menjadi lebih efisien.”tegasnya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page