INSKEN berjaya tingkat hasil jualan 52 usahawan SabahI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

INSKEN berjaya tingkat hasil jualan 52 usahawan Sabah



Ewon menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta, turut kelihatan Saraswathy (dua dari kiri), Zamri (kiri) dan Muhd Firdaus.

23 Disember 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), antara agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berjaya meningkatkan hasil jualan seramai 52 usahawan Sabah melalui Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC).


Program itu yang dilaksanakan selama empat bulan disertai usahawan dalam bidang jahitan dan jualan pasaraya (makanan dan minuman).


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, selain berjaya melonjakkan hasil jualan sehingga RM370,000, usahawan terlibat juga berjaya mencipta 26 pekerjaanbaharu selepas mengikuti program bimbingan itu.



“Pecahan peningkatan hasil jualan ini terbahagi kepada dua iaitu, RM267,000 daripada 27 peserta Program IBBC Jualan Pasaraya dan RM103,000 daripada 25 peserta Program IBBC Jahitan. Kedua- dua program ini adalah kolaborasi antara INSKEN denganAmanah Ikhtiar Malaysia(AIM) Wilayah Sabah.


“Ternyata program bimbingan ini membuahkan hasil, bukan sekadar one off training tetapi mampu membentuk usahawan yang luar biasa,berkualiti dan berdayasaing.


“Dalam usaha menjayakan misi Kerajaan Perpaduan, bersesuaian dengan amanat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, fokus utama kita di Sabah adalah memperkasa ekonomiberasaskan digital ekonomidan agropelancongan,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN 2022, di Palace Hotel, di sini, semalam.


Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasami, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) KUSKOP Datuk Haji Zamri Salleh, Pengerusi UDA Holdings Berhad Datuk Norliza Abdul Rahim, Pemangku Pengerusi Bank Rakyat Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN Muhd Firdaus Azharuddin dan Timbalan Setiausaha Persekutuan Sabah Dr.Muharrir Kamarudin.


Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, inisiatif program latihan dan bimbingan daripada INSKEN amat diperlukan bagi menyokong beberapa pendekatan baharu yang akan digariskan termasuklah memberi tumpuan lebih besar dalam aspek pembangunan keusahawanan di Sabah.


“Ekonomi digital, agro-pelancongan, sosial dan perusahaan kecil penjaja adalah antara pendekatan baharuyang akan diberi fokus di sini.



“Terdapat banyak produk pelancongan di Sabah dan pastinya ia akan membantu menjayakan usaha ini. Pada masa yang sama, saya juga berharap semua usahawanmendekati agensi-agensi di bawh KUSKPO kerana agensi-agensi ini mempunyai pelbagaiinisiatif dan program-program yang bermanfaat dalam membantu usahawanmemajukan perniagaan serta meningkatkan hasil jualan,” katanya.


Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin berkata, INSKEN sentiasa bersedia membantu serta menyokong pendekatan baharu tersebut demi kebaikanusahawan di Sabah.



Beliau yakin, pelaksanaan program bimbingan INSKEN dapat menyumbang kepada pembangunan usahawan di Sabah.


“Saya juga menyeru agar lebih ramai usahawan di negeri ini menyertaiprogram latihan dan bimbingan INSKEN pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, peserta cemerlang bagi ProgramIBBC Jualan Pasarayaialah Puan Rosalinda Callejayang menjalankan perniagaan bakeri.


Selepas mengikuti program bimbingan ini, beliau mendapat pengiktirafan sijil HALAL dan MESTI, menambah vendor serta merekod hasil jualan sekaligus menghasilkan peningkatan jualan lebih dua kali ganda.


Manakala Puan Suzianah Matungguyang mengikuti Program IBBC Jahitan pula berjaya meningkatkan hasil jualan lebih 150 peratus.


Faktor yang mempengaruhi peningkatan hasil jualan selepas mengikuti program ini adalah apabila beliau memantapkan penjenamaan syarikat dan produk, mewujudkan SOP perniagaan yang lebih teraturdan mengubah susun atur premis yang lebih sistematik.



bottom of page