top of page

Integrasi Nilai Kenegaraan Dalam Kurikulum Di Semua Peringkat Pendidikan - Ahmad Zahid

nabalunews

14 Ogos 2024


KUALA LUMPUR: Transformasi sistem pendidikan perlu bermula dengan mengintegrasikan nilai-nilai kenegaraan dalam kurikulum di semua peringkat pendidikan dalam usaha untuk membentuk generasi pemimpin masa depan yang berwibawa dan beretika, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.


Beliau berkata nilai-nilai seperti integriti, kesaksamaan dan tanggungjawab sosial perlu diajar bukan sahaja sebagai subjek moral tetapi juga sebagai asas dalam semua bidang pengajian.


“Ini dapat dicapai melalui pendekatan pembelajaran yang holistik serta penekanan terhadap metodologi penyampaian dalam sistem pendidikan negara,” katanya dalam catatan di Facebook beliau hari ini.


Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beliau telah menghadiri dan merasmikan Program Karisma Pemikir MADANI Kepimpinan Tertinggi Pentadbiran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam.


Beliau berkata program itu jelas mencerminkan komitmen dan kesungguhan kerajaan serta institusi pendidikan, khususnya UKM dalam memacu pembangunan negara dan memperkasakan barisan pemimpin akademik serta pentadbiran masa hadapan.


“Saya yakin dengan usaha berterusan dan kerjasama erat antara pengurusan, tenaga pengajar serta seluruh warga universiti ini, UKM akan terus unggul sebagai pusat kecemerlangan dan sumber inspirasi kepada generasi akan datang, Insya-Allah,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page