IPD Penampang anjur Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Op Selamat 24
- nabalunews
- Apr 2
- 1 min read

2 April 2025
PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) telah menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Op Selamat 24 di Stesen Minyak Shell, Pekan Donggongon, kelmarin.
Ketua BSPT Penampang, Inspektor Rozami Ahmad, bersama pasukannya turun padang untuk mengedarkan risalah keselamatan jalan raya serta memberikan penerangan kepada pengguna jalan raya mengenai kepentingan mematuhi peraturan lalu lintas.
Selain itu, pasukan BSPT turut menjalankan semakan saman terhadap kenderaan awam yang melalui kawasan tersebut sebagai langkah memastikan pemandu mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan.
Menurut pihak polis, kempen ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan dalam meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di kalangan masyarakat, terutama ketika musim perayaan di mana jumlah kenderaan di jalan raya meningkat.
Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati, mengutamakan keselamatan, dan mematuhi peraturan jalan raya bagi mengelakkan kemalangan serta kejadian yang tidak diingini.
IPD Penampang menegaskan komitmen mereka dalam memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara, terutamanya menerusi operasi khas seperti Op Selamat 24.
Comentarios