top of page

ISMAIL SABRI DILANTIK TIMBALAN PERDANA MENTERI

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 7, 2021
  • 1 min read


7 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melantik Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan kekal memegang portfolio Menteri Pertahanan.


Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pelantikan itu akan dapat membantu Perdana Menteri menguruskan pentadbiran negara dan memenuhi keperluan rakyat dalam keadaan negara menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi.


Datuk Seri Hishammudin Tun Hussien pula telah dilantik sebagai Menteri Kanan Luar Negeri.


Sebagai Menteri Kanan, beliau akan mengetuai Kluster Keselamatan yang sebelum ini diketuai Datuk Seri Ismail Sabri,” kata kenyataan itu.


Perdana Menteri juga bersetuju supaya Datuk Seri Hishammudin membantu beliau dalam Pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara.


Kedua-dua pelantikan itu telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan berkuatkuasa serta merta.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page