top of page

Isu penarikan Pingat MSSD Diselesaikan Secara Baik

  • nabalunews
  • Apr 17, 2025
  • 1 min read


17 April 2025


KOTA KINABALU: “Semua pihak berkaitan sudah bertemu dan berbincang. Isu berkenaan sudah diselesaikan dengan secara harmoni dan baik di semua peringkat,” Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.


Fadhlina berkata, pihak Kementerian Pendidikan sudah mengambil maklum isu yang tersebar luas di media sosial sejak kelmarin.


Katanya, satu pertemuan bersama semua pihak berkaitan diadakan bagi menyelesaikan isu berbangkit secara harmoni.


“Isu berkenaan diselesaikan secara harmoni dan baik di semua peringkat. Kita ambil maklum dan ambil tanggungjawab untuk menyelesaikan perkara ini sehingga ia selesai.


“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), guru, sekolah, ibu bapa dan keluarga (pelajar) menyelesaikan perkara itu secara baik,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan ‘Seminar Kepimpinan MADANI: Cakna Pendidikan Digital’ di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, hari ini.


Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Sektor Operasi Sekolah), Zainal Abas dan Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Raisin Saidin.


Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan bersedia membuat siasatan susulan jika ada isu atau dakwaan lain ditimbulkan.


“Kita mengambil tanggungjawab menyelesaikan perkara ini dan Insya-Allah, apa saja isu berbangkit, kita sentiasa ada ruang berbincang dan menilai,” katanya.


Terdahulu, isu berkenaan timbul apabila atlet yang dinobatkan sebagai naib juara di Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Semporna didakwa ditarik walaupun tanpa siasatan adil.


Kejadian berkenaan menjadi tular apabila aktivis yang dikenali sebagai ‘Mukmin Nantang’ memuat naik hantaran berkaitan isu berkenaan di laman sosial Facebook.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page