Jabatan Imigresen Sabah bertekad tingkatkan kualiti perkhidmatan susulan teguran KSN
- nabalunews
- Sep 19, 2024
- 2 min read

19 September 2024
KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah berikrar untuk meningkatkan kualiti perkhidmatannya selepas menerima teguran daripada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Antara teguran tersebut termasuklah keperluan memperkasakan kecekapan operasi sistem kaunter bagi menjamin kepuasan pelanggan yang lebih baik.
Pengarah JIM Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusof, menegaskan bahawa jabatan itu komited untuk melaksanakan arahan dari ibu pejabat. Ini termasuk memastikan setiap kaunter beroperasi mengikut waktu yang ditetapkan serta mengelakkan kesesakan yang boleh menjejaskan pengalaman pelanggan. Beliau turut menambah bahawa usaha untuk menambah baik proses kerja dan kualiti perkhidmatan sentiasa menjadi keutamaan jabatan.
“Kita menerima teguran tersebut. Saya pun mendapat arahan daripada pihak pengurusan tertinggi KDN iaitu Ketua Setiausaha yang memaklumkan akan ada satu mesyuarat antara Ketua Pengarah Imigresen dengan Ketua Pengarah Pendaftaran dalam sedikit masa lagi bagi tujuan melihat penambahbaikan kepada perkara disebutkan Tan Sri KSN semalam,” katanya seperti dilaporkan Bernama dalam sidang media di sini semalam.
Semalam, Shamsul Azri menerusi hantaran Facebook menggariskan beberapa perkara utama yang perlu diberikan perhatian oleh JIM Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah bagi memastikan perkhidmatan lebih cekap kepada pelanggan.
Perkara itu diketengahkan selepas beliau membuat lawatan mengejut di kedua-dua jabatan itu di sini bagi melihat sendiri operasi harian dan memantau kesiapsiagaan di bahagian kaunter. Imigresen Malaysia (JIM) Sabah berikrar untuk meningkatkan kualiti perkhidmatannya selepas menerima teguran daripada Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Antara teguran tersebut termasuklah keperluan memperkasakan kecekapan operasi sistem kaunter bagi menjamin kepuasan pelanggan yang lebih baik.
Pengarah JIM Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusof, menegaskan bahawa jabatan itu komited untuk melaksanakan arahan dari ibu pejabat.
Ini termasuk memastikan setiap kaunter beroperasi mengikut waktu yang ditetapkan serta mengelakkan kesesakan yang boleh menjejaskan pengalaman pelanggan. Beliau turut menambah bahawa usaha untuk menambah baik proses kerja dan kualiti perkhidmatan sentiasa menjadi keutamaan jabatan.
“Kita menerima teguran tersebut. Saya pun mendapat arahan daripada pihak pengurusan tertinggi KDN iaitu Ketua Setiausaha yang memaklumkan akan ada satu mesyuarat antara Ketua Pengarah Imigresen dengan Ketua Pengarah Pendaftaran dalam sedikit masa lagi bagi tujuan melihat penambahbaikan kepada perkara disebutkan Tan Sri KSN semalam,” katanya seperti dilaporkan Bernama dalam sidang media di sini semalam.
Semalam, Shamsul Azri menerusi hantaran Facebook menggariskan beberapa perkara utama yang perlu diberikan perhatian oleh JIM Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah bagi memastikan perkhidmatan lebih cekap kepada pelanggan.
Perkara itu diketengahkan selepas beliau membuat lawatan mengejut di kedua-dua jabatan itu di sini bagi melihat sendiri operasi harian dan memantau kesiapsiagaan di bahagian kaunter.
Comentarios