top of page

JABATAN METEOROLOGI KELUAR NASIHAT TAUFAN

nabalunews

11 NOV 2020


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai taufan (VAMCO) yang berada di kedudukan 1,108 kilometer (km) ke timur laut Sandakan di Sabah.


Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan kedudukan ribut itu kira-kira 333 km ke barat laut Pulau Samar di Filipina.


"Berdasarkan pencerapan pada 5 petang ini, angin taufan itu bergerak ke arah barat dengan kelajuan 20 km sejam (km/j).


“Kelajuan angin taufan itu boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 126 km/j," menurut kenyataan itu.


Justeru, MetMalaysia memaklumkan bahawa keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan. - Bernama

Коментарі


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page